Tips atau petua-petua yang diambil daripada pelbagai sumber sebagai bahan rujukan dan panduan kepada pengguna cbx.
TIPS 1 :
Masalah utama sistem pengecasan CBX adalah terbakarnya penyambung wayar antara alternator coil (AC) dengan rectifier/voltage regulator (RVR). Untuk mengelakkan masalah ini, sambungan terus digalakkan (tidak menggunakan socket/plug). Tetapi uncle mendapati ramai CBXers salah faham mengenai perkara ini. Dimana wayar lain disambung antara AC dengan RVR (Gambar). Sebenarnya bukan wayar yang panas, tetapi sambungan yang panas. Penambahan wayar ini akan meningkatkan kemungkinan masalah sambungan Kepada 100% (dalam keadaan biasa hanya SATU tempat sambungan, sekarang dah jadi DUA sambungan). Tambahan wayar ini sebenarnya boleh menambahkan kepanasan, kerana wayar tersebut walau pun pendek, tetap ada rintangan. Teori fizik H=V.I.T, dimana H = heat, V = Voltage, I = Karan dan T = Time (masa) dan V = I.R dimana R = adalah resistance/rintangan. Jadi H = I2.R.T, jelas penambahan R akan menambahkan kepanasan antara AC dengan RVR. Kalau sambungan itu ada yang kurang elok, akan bertambahlah kemungkinan masalah sistem pengecasan.
Kesimpulan: sambung terus wayar antara AC dengan RVR, tak perlu wayar tambahan antara keduanya.
( kredit to Uncle Shuhaimie )

No comments:
Post a Comment